Saturday, May 5, 2012

Tips : Bercuti Dengan Cara Berhikmah

Adakah anda merancang untuk pergi bercuti? Apa yang perlu anda lakukan?

Disini saya sekadar ingin berkongsi cara yang selalu saya lakukan setiap kali saya merancang untuk bercuti. Perancangan saya selalunya dibuat 1-6 bulan sebelum tarikh tersebut. Kekadang tu adalah juga last minute preparation tetapi masih mengamalkan cara yang sama.. 

Caranya :-
1. Pilih beberapa destinasi yang ingin dikunjungi.

2. Buat perbandingan diantara hotel yang menawarkan kemudahan dengan harga yang berpatutan di setiap destinasi pilihan. Contoh format seperti ini...



3. Buat perbandingan kos transportation dan perjalanan (Airlines, pengangkutan awam atau memandu sendiri sepanjang perjalanan, minyak, tol dan sebagainya) disetiap destinasi pilihan.

4. Akhir sekali hitung segala kos disetiap destinasi pilhan. Destinasi yang mana paling menjimatkan berserta tempoh penginapan yang sesuai dengan budget anda.

Walaupun nampak seperti terlalu berkira, tapi apa salahnya jika kita menghargai setiap sen yang dikeluarkan dan digunakan dengan cara yang berhikmah, agar tidak berlaku sebarang pembaziran.
Ok.. cukup lah untuk hari nie.. dengan serba sedikit idea yang ingin dikongsi... jumpa lagi dan selamat berhujung minggu...

Tips : Pemakanan Ketika Musim Peperiksaan

Article yang lepas saya berceloteh mengenai kerenah anak dan 2x ganda makanan yang harus ditelan sebelum menghadapi peperiksaan.

Kali nie saya ingin berkongsi tips pemakanan sebelum dan ketika sedang menghadapi peperiksaan. Sejak saya praktikkan pada anak, nampak kesan yang sangat memberangsangkan dari segi kemajuan mental dan fizikalnya. Tips nie pun saya dapat dari teman2 yang berbilang bangsa, mana yang boleh diguna pakai saya praktikkan pada anak. Kiranya anak saya nie dijadikan ujikaji, mana yang berkesan saya maintain kan kalau sebaliknya tak perlu diteruskan.

Pemakanan Sebelum menghadapi peperiksaan
  1. Untuk menguatkan daya ingatan, tenaga dan kecerdasan setiap pagi sebelum sarapan makan Jus Krismis, Madu dan Jus Kurma terlebih dahulu.
  2. Semasa sarapan berikan susu coklat/milo panas/suam ++ menu yang anda sediakan untuk sarapan pagi.
  3. Makan tengahari nasi + sayur brocoli + karot + ikan + minum air secukupnya
  4. Selepas makan sebelum pergi sekolah berikan Omega 3 (kebiasaannya perut anak perlu diisi sebelum mengambil sebarang pil supplement, kalau tak nanti sakit perut).
  5. Balik dari sekolah pastikan anak makan terlebih dahulu (sebelum pukul 8.00 malam). Pastikan anak tidak memakan jajan (twiste, mamee dan sebagainya) kecuali snack energy bar.
  6. Sebelum tidur berikan Jus Krismis dan Jus Kurma sekali lagi.
Pemakanan Semasa menghadapi peperiksaan
  1. Untuk menguatkan daya ingatan, tenaga dan kecerdasan setiap pagi sebelum sarapan makan Jus Krismis, Madu dan Jus Kurma terlebih dahulu.
  2. Makan tengahari nasi + sayur brocoli + ikan dan selepas itu baru makan Omega 3 dan vitamin B.
  3. Minum air secukupnya bagi mengelakkan badan menjadi lesu dan hilang fokus semasa peperiksaan.
  4. Kurangkan pengambilan coklat dan bahan yang berkafein, ianya bagi mengelakkan getaran, debaran, kebimbangan dan hilang tumpuan.
  5. Senaman fizikal meningkatkan pembekalan oksigen dalam darah dan nutrien  ke dalam otak agar ianya dapat berfungsi dengan efisien.
  6. Untuk mendapatkan tidur yang cukup ambil makanan seperti roti, mi atau pasta dan sedikit ikan, ayam atau daging untuk makan malam.Pastikan anak tidak memakan jajan (twiste, mamee dan sebagainya) kecuali snack energy bar.
  7. Minum segelas susu panas, jus krismis dan kurma sebelum masuk tidur.
Dan yang paling penting, saya pastikan anak meminum air zam-zam, air bacaan 30 juzuk Al-Quran dan mengamalkan bacaan surah Al-Fath ayat 1-3 dan tidak ketinggalan juga surah Ayatul Kursi sebagai santapan rohani dan pengubat jiwa. 

Friday, May 4, 2012

MUSIM EXAM @ PEPERIKSAAN

Mendengar perkataan "EXAM @ PEPERIKSAAN" anak saya terus jadi bad mood... Pada hal sebentar tadi ketawa bagai nak rak! Senyum sampai ke telinga... tup tup.. muka jadi masam bagaikan asam keping yang kecut di rak dapur...
 
Pelbagai helah direka cipta... nak makan lah, nak minum lah, ada aje alasan nak melambatkan masa atau mengelak dari membuat mengulang kaji.. Paling saya geram, satu soalan ambil masa 10 minit untuk menjawabnya. 

Time nie lah suara yang lunak merdu berkumandang tanpa mikrofon satu taman boleh dengar sang ibu mendendangkan senandung yang syahdu memanggil nama #$%$**(&)(

Dan masa nie lah juga anak disuruh telan 2x ganda dari biasa jus krismis, kurma, madu, susu/coklat panas, omega 3, vitamin C, air zam zam, air bacaan 30 juzuk Al-Quran dan macam-macam lagi lah.

Para ibu pula, tengah malam bersengkang mata membuat solat hajat, bertadarus dan tidak ketinggalan puasa sunat. Semuanya demi kecemerlangan dan kesejahteraan anak... Doa ibu itu kan lebih mustajab dan itu lah salah satu cara bagi membantu si anak... 

Dan yang pastinya.. para ibu lebih risau dan panik lebih daripada si anak yang perlu menduduki peperiksaan... senang cerita nota setiap subjek, ibu hafal A-Z lebih handal daripada si anak...

Kalau lah si ibu boleh ambil peperiksaan bagi pihak si anak, rasanya result si ibu lebih bagus dari result masa si ibu sekolah dahulu... 

Moral of the story... anak2 ketahuilah bahawasanya si ibu lebih pandai & bijak dari kamu, oleh sebab itu jangan sesekali kamu ingkari kata-katanya.... 

Thursday, May 3, 2012

Berlian Teman Baik Wanita

Rasanya tak dinafikan berlian memang teman baik wanita sejati... tak kira lah berapa harga dan mutu sesebuah berlian tersebut. Apa yang penting, sebutir berlian sudah cukup menjadikan impian wanita terlaksana.

Article dibawah adalah siri terakhir mengenai berlian di keratan akhbar "Utusan Malaysia Mode Mega" bertarikh 27 April 2012 (Jumaat). Sudahkah anda mengisi, menlengkapkan dan menghantar borang untuk berpeluang memenangi barangan kemas berlian Habib bernilai RM5,000.00 ???  


Berlian Penuh Dengan Keluarbiasaan

Seperti yang dijanjikan saya sertakan article dari keratan akhbar Utusan Malaysia Mega Mode Selasa bertarikh 24 April 2012.