Friday, April 20, 2012

Perfume Halal dari Perancis

Untuk peminat minyak wangi berjenama keluaran dari luar negara.., yang tercari-cari status "Halal" penggunaanya tidak perlu risau lagi. Siap ditayangkan "Sijil Pengesahan Halal" dari Kerajaan Malaysia.  Bertambah lagi lah koleksi minyak wangi saya...






Nilai Sebutir Berlian

Kelmarin saya retype article "Hayati Keajaiban Berlian", hari nie saya attach article dari sumber yang sama Utusan Malaysia - Mode Mega (Jumaat 20 April 2012). Sempena Pesta Bulan Berlian Habib 2012 dan juga sempena nama blog "ifdiamond" saya akan sertakan article nie berterusan, nantikan info akan datang.... (saya akan cari jika ada article yang terlepas pandang)


Wednesday, April 18, 2012

Mencairkan Otak...

Saya berhenti kerja pada April 2008, selama tempoh 3 bulan pertama kerja saya hanya tengok tv, makan, uruskan segala urusan rumah/anak, tidur dan tidak dilupakan membina badan... Lebih-lebih lagi saya baru lepas menjalani pembedahan tulang belakang buat kali kedua, makan tak ikut diet yang seimbang sambil mengambil ubat-ubatan yang semestinya perlu saya telan setiap hari.

Cik abang saya dah pening kepala, setiap hari dok tanya tak terfikir nak buat apa-apa ke? Buat business atau apa-apalah.. Anda tahu apa jawapan saya?
Saya nak relax, release tension dan yang paling saya nak menghayati suasana ketenangan sunyi, sepi, jauh dari suasana hiruk piruk dipejabat dan meredah kesesakan lalu lintas yang sememangnya saya sangat-sangat tidak suka...

Tetapi selepas 3 tahun, saya rasa otak nie membeku dan kadang-kadang blur.. walaupun dalam tempoh tu adalah juga buat pelbagai aktiviti, berniaga sambil membantu urusan pejabat cik abang saya, ber blogger, facebook dan sebagainya.

Teknologi IT, desktop/laptop/ notebook dan sebagainya memang tak boleh dipisahkan dengan saya.. Sehari saya tak mengadap benda-benda nie tak lengkap hidup saya. Tak perlu online 24 jam sekadar dapat mengusik papan kekunci dan tetikus pun jadilah.

Baca buku dah berpuluh buku dan ada yang sampai saya jual disebabkan jalan ceritanya tidak menarik minat saya walaupun buku tersebut dah lama saya beli dan berulang kali saya baca. Sehinggakan melihat buku tersebut saya dah tahu isi kandungannya..

Saya membuat kata putus.. saya perlu mencergaskan/mencairkan semula otak saya sebelum terlambat... Tapi boleh ke otak dicairkan????

Hayati Keajaiban Berlian

After dinner just now, I have been read one of article from Utusan Malaysia (Mode Mega) dated Tuesday 17 April 2012 about diamond. Since mine blog title "ifdiamond", I would like to share some knowledge/info.

In that article also got contest would be end on 1st Mei 2012. Interested please found out the news paper and wish you good luck....

Since the attached article can't read accept the title, below I retype (Malay) for you all..

SEJAK sekian lama berlian dibaratkan sebagai permata "teman baik wanita" yang sukar untuk dipisahkan. Memahami hubungan istimewa itu, Habib, memperingati April ini sebagai bulan kelahiran berlian melalui Pesta Berlian Habib 2012.

Dengan tema "Abadikan Kegemilangan Anda", promosi ini sangat sesuai untuk menggambarkan keupayaan batu berharga ini menyerlahkan kecantikan dalaman seorang wanita. Sememangnya tidak dinafikan kilauan berlian yang mempersonakan telah menawan hati jutaan manusia di seluruh pelosok dunia. Ramai yang ingin memiliki berlian tetapi tidak pasti tentang cara untuk memilih berlian dengan betul.

Justeru sempena pesta belian ini, Habib berkongsi maklumat yang berguna supaya orang ramai tahu bahawa mereka mendapat nilai untuk
wang mereka dengan setiap pembelian berlian yang bakal dilakukan. Institut Gemological Amerika (GIA) menyediakan skala penggredan untuk mengenalpasti kualiti berlian.

Skala itu dibahagikan kepada empat kriteria penggredan utama, yang lebih dikenali sebagai 4C iaitu potongan, karat, kejelasan dan warna (cut, carat, clarity dan colour). Dua berlian yang sama saiznya boleh berbeza dari segi harga apabila diukur dengan menggabungkan keempat-empat ciri-ciri diatas. Salah satu sifat yang paling penting berlian adalah potongan. Untuk memahami potongan-potongan berlian, seseorang itu mesti bermula dengan bentuk belian tersebut.

Berlian biasanya bulat tetapi boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Bulat adalah bentuk yang sering digunakan dalam barang kemas berlian. Berlian sebenarnya mempunyai pelbagai bentuk seperti marquisse, pir, bujur, empat segi sama yang dikenali sebagai princess cut, bentuk hati, kusyen dan tiga segi. Potongan sebutir berlian bermaksud keseimbangan potongan, simetri dan kelicinan permukaan potongan berlian itu.

(gambar ini sebagai rujukan tidak disertakan dalam artikel tersebut)


Terdapat tiga perkara untuk menilai potongan berlian iaitu gemerlapannya yang bergantung kepada jumlah cahaya yang dipantulkan, spektra warna di mana cahaya yang dipantulkan terurai kepadabeberapa warna spektra serta kilauannya apabila berlian itu mengerlip dan memantulka
n cahaya ketika ia bergerak. Menurut skala GIA, potongan berlian dinilai dengan ukuran terbaik, sangat baik, baik, memuaskan dan lemah.

Berlian yang mempunyai potongan terbaik mampu memantulkan 100 peratus cahaya dan mengeluarkan kilauan dan gemerlapan yang menakjubkan dan ia sangatlah mempersonakan mata yang memandang. Untuk lebih memahami informasi ini dan melihat sendiri berlian-berlian yang dipamerkan di Pesta Berlian Habib 2012, kunjungi bilik pameran Ha
bib di seluruh Malaysia dari 27 April sehingga 1 Mei ini. (the end of the article)

Sourcing info of diamond, suddenly I found this cute picture...

Monday, April 16, 2012

Salam Perkenalan..

Salam perkenalan buat semua blogger & juga siapa saja yang sudi membaca tulisan saya yang tak seberapa nie.. sekadar untuk perkongsi pendapat, pandangan dan sebagainya....