Saturday, May 5, 2012

Tips : Pemakanan Ketika Musim Peperiksaan

Article yang lepas saya berceloteh mengenai kerenah anak dan 2x ganda makanan yang harus ditelan sebelum menghadapi peperiksaan.

Kali nie saya ingin berkongsi tips pemakanan sebelum dan ketika sedang menghadapi peperiksaan. Sejak saya praktikkan pada anak, nampak kesan yang sangat memberangsangkan dari segi kemajuan mental dan fizikalnya. Tips nie pun saya dapat dari teman2 yang berbilang bangsa, mana yang boleh diguna pakai saya praktikkan pada anak. Kiranya anak saya nie dijadikan ujikaji, mana yang berkesan saya maintain kan kalau sebaliknya tak perlu diteruskan.

Pemakanan Sebelum menghadapi peperiksaan
  1. Untuk menguatkan daya ingatan, tenaga dan kecerdasan setiap pagi sebelum sarapan makan Jus Krismis, Madu dan Jus Kurma terlebih dahulu.
  2. Semasa sarapan berikan susu coklat/milo panas/suam ++ menu yang anda sediakan untuk sarapan pagi.
  3. Makan tengahari nasi + sayur brocoli + karot + ikan + minum air secukupnya
  4. Selepas makan sebelum pergi sekolah berikan Omega 3 (kebiasaannya perut anak perlu diisi sebelum mengambil sebarang pil supplement, kalau tak nanti sakit perut).
  5. Balik dari sekolah pastikan anak makan terlebih dahulu (sebelum pukul 8.00 malam). Pastikan anak tidak memakan jajan (twiste, mamee dan sebagainya) kecuali snack energy bar.
  6. Sebelum tidur berikan Jus Krismis dan Jus Kurma sekali lagi.
Pemakanan Semasa menghadapi peperiksaan
  1. Untuk menguatkan daya ingatan, tenaga dan kecerdasan setiap pagi sebelum sarapan makan Jus Krismis, Madu dan Jus Kurma terlebih dahulu.
  2. Makan tengahari nasi + sayur brocoli + ikan dan selepas itu baru makan Omega 3 dan vitamin B.
  3. Minum air secukupnya bagi mengelakkan badan menjadi lesu dan hilang fokus semasa peperiksaan.
  4. Kurangkan pengambilan coklat dan bahan yang berkafein, ianya bagi mengelakkan getaran, debaran, kebimbangan dan hilang tumpuan.
  5. Senaman fizikal meningkatkan pembekalan oksigen dalam darah dan nutrien  ke dalam otak agar ianya dapat berfungsi dengan efisien.
  6. Untuk mendapatkan tidur yang cukup ambil makanan seperti roti, mi atau pasta dan sedikit ikan, ayam atau daging untuk makan malam.Pastikan anak tidak memakan jajan (twiste, mamee dan sebagainya) kecuali snack energy bar.
  7. Minum segelas susu panas, jus krismis dan kurma sebelum masuk tidur.
Dan yang paling penting, saya pastikan anak meminum air zam-zam, air bacaan 30 juzuk Al-Quran dan mengamalkan bacaan surah Al-Fath ayat 1-3 dan tidak ketinggalan juga surah Ayatul Kursi sebagai santapan rohani dan pengubat jiwa. 

No comments:

Post a Comment