Wednesday, April 18, 2012

Mencairkan Otak...

Saya berhenti kerja pada April 2008, selama tempoh 3 bulan pertama kerja saya hanya tengok tv, makan, uruskan segala urusan rumah/anak, tidur dan tidak dilupakan membina badan... Lebih-lebih lagi saya baru lepas menjalani pembedahan tulang belakang buat kali kedua, makan tak ikut diet yang seimbang sambil mengambil ubat-ubatan yang semestinya perlu saya telan setiap hari.

Cik abang saya dah pening kepala, setiap hari dok tanya tak terfikir nak buat apa-apa ke? Buat business atau apa-apalah.. Anda tahu apa jawapan saya?
Saya nak relax, release tension dan yang paling saya nak menghayati suasana ketenangan sunyi, sepi, jauh dari suasana hiruk piruk dipejabat dan meredah kesesakan lalu lintas yang sememangnya saya sangat-sangat tidak suka...

Tetapi selepas 3 tahun, saya rasa otak nie membeku dan kadang-kadang blur.. walaupun dalam tempoh tu adalah juga buat pelbagai aktiviti, berniaga sambil membantu urusan pejabat cik abang saya, ber blogger, facebook dan sebagainya.

Teknologi IT, desktop/laptop/ notebook dan sebagainya memang tak boleh dipisahkan dengan saya.. Sehari saya tak mengadap benda-benda nie tak lengkap hidup saya. Tak perlu online 24 jam sekadar dapat mengusik papan kekunci dan tetikus pun jadilah.

Baca buku dah berpuluh buku dan ada yang sampai saya jual disebabkan jalan ceritanya tidak menarik minat saya walaupun buku tersebut dah lama saya beli dan berulang kali saya baca. Sehinggakan melihat buku tersebut saya dah tahu isi kandungannya..

Saya membuat kata putus.. saya perlu mencergaskan/mencairkan semula otak saya sebelum terlambat... Tapi boleh ke otak dicairkan????

No comments:

Post a Comment