Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, May 5, 2012

Tips : Bercuti Dengan Cara Berhikmah

Adakah anda merancang untuk pergi bercuti? Apa yang perlu anda lakukan?

Disini saya sekadar ingin berkongsi cara yang selalu saya lakukan setiap kali saya merancang untuk bercuti. Perancangan saya selalunya dibuat 1-6 bulan sebelum tarikh tersebut. Kekadang tu adalah juga last minute preparation tetapi masih mengamalkan cara yang sama.. 

Caranya :-
1. Pilih beberapa destinasi yang ingin dikunjungi.

2. Buat perbandingan diantara hotel yang menawarkan kemudahan dengan harga yang berpatutan di setiap destinasi pilihan. Contoh format seperti ini...



3. Buat perbandingan kos transportation dan perjalanan (Airlines, pengangkutan awam atau memandu sendiri sepanjang perjalanan, minyak, tol dan sebagainya) disetiap destinasi pilihan.

4. Akhir sekali hitung segala kos disetiap destinasi pilhan. Destinasi yang mana paling menjimatkan berserta tempoh penginapan yang sesuai dengan budget anda.

Walaupun nampak seperti terlalu berkira, tapi apa salahnya jika kita menghargai setiap sen yang dikeluarkan dan digunakan dengan cara yang berhikmah, agar tidak berlaku sebarang pembaziran.
Ok.. cukup lah untuk hari nie.. dengan serba sedikit idea yang ingin dikongsi... jumpa lagi dan selamat berhujung minggu...

Tips : Pemakanan Ketika Musim Peperiksaan

Article yang lepas saya berceloteh mengenai kerenah anak dan 2x ganda makanan yang harus ditelan sebelum menghadapi peperiksaan.

Kali nie saya ingin berkongsi tips pemakanan sebelum dan ketika sedang menghadapi peperiksaan. Sejak saya praktikkan pada anak, nampak kesan yang sangat memberangsangkan dari segi kemajuan mental dan fizikalnya. Tips nie pun saya dapat dari teman2 yang berbilang bangsa, mana yang boleh diguna pakai saya praktikkan pada anak. Kiranya anak saya nie dijadikan ujikaji, mana yang berkesan saya maintain kan kalau sebaliknya tak perlu diteruskan.

Pemakanan Sebelum menghadapi peperiksaan
  1. Untuk menguatkan daya ingatan, tenaga dan kecerdasan setiap pagi sebelum sarapan makan Jus Krismis, Madu dan Jus Kurma terlebih dahulu.
  2. Semasa sarapan berikan susu coklat/milo panas/suam ++ menu yang anda sediakan untuk sarapan pagi.
  3. Makan tengahari nasi + sayur brocoli + karot + ikan + minum air secukupnya
  4. Selepas makan sebelum pergi sekolah berikan Omega 3 (kebiasaannya perut anak perlu diisi sebelum mengambil sebarang pil supplement, kalau tak nanti sakit perut).
  5. Balik dari sekolah pastikan anak makan terlebih dahulu (sebelum pukul 8.00 malam). Pastikan anak tidak memakan jajan (twiste, mamee dan sebagainya) kecuali snack energy bar.
  6. Sebelum tidur berikan Jus Krismis dan Jus Kurma sekali lagi.
Pemakanan Semasa menghadapi peperiksaan
  1. Untuk menguatkan daya ingatan, tenaga dan kecerdasan setiap pagi sebelum sarapan makan Jus Krismis, Madu dan Jus Kurma terlebih dahulu.
  2. Makan tengahari nasi + sayur brocoli + ikan dan selepas itu baru makan Omega 3 dan vitamin B.
  3. Minum air secukupnya bagi mengelakkan badan menjadi lesu dan hilang fokus semasa peperiksaan.
  4. Kurangkan pengambilan coklat dan bahan yang berkafein, ianya bagi mengelakkan getaran, debaran, kebimbangan dan hilang tumpuan.
  5. Senaman fizikal meningkatkan pembekalan oksigen dalam darah dan nutrien  ke dalam otak agar ianya dapat berfungsi dengan efisien.
  6. Untuk mendapatkan tidur yang cukup ambil makanan seperti roti, mi atau pasta dan sedikit ikan, ayam atau daging untuk makan malam.Pastikan anak tidak memakan jajan (twiste, mamee dan sebagainya) kecuali snack energy bar.
  7. Minum segelas susu panas, jus krismis dan kurma sebelum masuk tidur.
Dan yang paling penting, saya pastikan anak meminum air zam-zam, air bacaan 30 juzuk Al-Quran dan mengamalkan bacaan surah Al-Fath ayat 1-3 dan tidak ketinggalan juga surah Ayatul Kursi sebagai santapan rohani dan pengubat jiwa.