Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Friday, May 4, 2012

MUSIM EXAM @ PEPERIKSAAN

Mendengar perkataan "EXAM @ PEPERIKSAAN" anak saya terus jadi bad mood... Pada hal sebentar tadi ketawa bagai nak rak! Senyum sampai ke telinga... tup tup.. muka jadi masam bagaikan asam keping yang kecut di rak dapur...
 
Pelbagai helah direka cipta... nak makan lah, nak minum lah, ada aje alasan nak melambatkan masa atau mengelak dari membuat mengulang kaji.. Paling saya geram, satu soalan ambil masa 10 minit untuk menjawabnya. 

Time nie lah suara yang lunak merdu berkumandang tanpa mikrofon satu taman boleh dengar sang ibu mendendangkan senandung yang syahdu memanggil nama #$%$**(&)(

Dan masa nie lah juga anak disuruh telan 2x ganda dari biasa jus krismis, kurma, madu, susu/coklat panas, omega 3, vitamin C, air zam zam, air bacaan 30 juzuk Al-Quran dan macam-macam lagi lah.

Para ibu pula, tengah malam bersengkang mata membuat solat hajat, bertadarus dan tidak ketinggalan puasa sunat. Semuanya demi kecemerlangan dan kesejahteraan anak... Doa ibu itu kan lebih mustajab dan itu lah salah satu cara bagi membantu si anak... 

Dan yang pastinya.. para ibu lebih risau dan panik lebih daripada si anak yang perlu menduduki peperiksaan... senang cerita nota setiap subjek, ibu hafal A-Z lebih handal daripada si anak...

Kalau lah si ibu boleh ambil peperiksaan bagi pihak si anak, rasanya result si ibu lebih bagus dari result masa si ibu sekolah dahulu... 

Moral of the story... anak2 ketahuilah bahawasanya si ibu lebih pandai & bijak dari kamu, oleh sebab itu jangan sesekali kamu ingkari kata-katanya.... 

Wednesday, April 18, 2012

Mencairkan Otak...

Saya berhenti kerja pada April 2008, selama tempoh 3 bulan pertama kerja saya hanya tengok tv, makan, uruskan segala urusan rumah/anak, tidur dan tidak dilupakan membina badan... Lebih-lebih lagi saya baru lepas menjalani pembedahan tulang belakang buat kali kedua, makan tak ikut diet yang seimbang sambil mengambil ubat-ubatan yang semestinya perlu saya telan setiap hari.

Cik abang saya dah pening kepala, setiap hari dok tanya tak terfikir nak buat apa-apa ke? Buat business atau apa-apalah.. Anda tahu apa jawapan saya?
Saya nak relax, release tension dan yang paling saya nak menghayati suasana ketenangan sunyi, sepi, jauh dari suasana hiruk piruk dipejabat dan meredah kesesakan lalu lintas yang sememangnya saya sangat-sangat tidak suka...

Tetapi selepas 3 tahun, saya rasa otak nie membeku dan kadang-kadang blur.. walaupun dalam tempoh tu adalah juga buat pelbagai aktiviti, berniaga sambil membantu urusan pejabat cik abang saya, ber blogger, facebook dan sebagainya.

Teknologi IT, desktop/laptop/ notebook dan sebagainya memang tak boleh dipisahkan dengan saya.. Sehari saya tak mengadap benda-benda nie tak lengkap hidup saya. Tak perlu online 24 jam sekadar dapat mengusik papan kekunci dan tetikus pun jadilah.

Baca buku dah berpuluh buku dan ada yang sampai saya jual disebabkan jalan ceritanya tidak menarik minat saya walaupun buku tersebut dah lama saya beli dan berulang kali saya baca. Sehinggakan melihat buku tersebut saya dah tahu isi kandungannya..

Saya membuat kata putus.. saya perlu mencergaskan/mencairkan semula otak saya sebelum terlambat... Tapi boleh ke otak dicairkan????

Monday, April 16, 2012

Salam Perkenalan..

Salam perkenalan buat semua blogger & juga siapa saja yang sudi membaca tulisan saya yang tak seberapa nie.. sekadar untuk perkongsi pendapat, pandangan dan sebagainya....