Saturday, September 8, 2012

URGENT : IMPORTANT MESSAGE

Salam Aidilfitri & Salam Kemerdekaan dengan Semangat 1 Malaysia..

Saya ingin berkongsi beberapa perkara disini..

1. Pada tarikh 29 August 2012 akaun facebook saya telah digodam pada pukul 3.10pm. Saya tidak pasti apa niat & tujuan mereka mengodam akaun saya, yang pasti orang tersebut tidak bertanggungjawab & mencabuli hak privasi saya.

PENGAJARAN : Sentiasa menukar katalaluan/password untuk kes
elamatan & gambar2 yang dipostkan di akaun anda pastikan tidak menjolok mata agar tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bermoral & bertanggungjawab.

2. Sehari sebelum menjelang hari raya (18hb Aug), kereta saya nyaris dilarikan/dicuri orang, semasa kereta tersebut hampir selesai dicuci di car wash BP Klang. Suspek menyamar sebagai pemilik & menuntut kereta di kaunter. Padahal suami saya berada disisi kereta ketika itu. Kami BERNASIB BAIK kerana staff BP mengenali kami & memaklumkan perkara tersebut. Kami sempat melihat suspek yang dalam keadaan panik & tidak menyangka pemilik sebenar ada disitu.

PENGAJARAN : JANGAN tinggalkan kereta di CAR WASH tanpa pengawasan anda. Bukan semua pemilik car wash perihatin dengan pelanggan mereka.

3. Pada 23hb Aug yang lepas, pacuan roda 4x4 suami saya nyaris dilarikan tetapi bernasib baik kerana bateri weak & mempunyai sistem elektronik seiras kapal terbang untuk distartkan. Mungkin disebabkan tidak tahu mengendalikan kenderaan seperti ini, suspek telah memecahkan cermin, memotong/mencuri meter selain dari beg tools box tanpa mengambil peralatan didalam beg tersebut. Beg yang telah dicuri oleh suspek kemungkinan akan digunakan untuk pelbagai salahlaku. Laporan polis telah dibuat untuk keselamatan & bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini kerana cap jari kami sekeluarga ada di beg tersebut. Kawasan perumahan kami ada "Security Guard/RELA" tapi tak pasti apa kerja yang mereka buat!! Pada hari tersebut & dalam 1 hari ada beberapa kejadian rompakan yang berlaku.

4. Terbaru yang saya ketahui ada kejadian seseorang/suspek menyamar sebagai kakitangan TNB/TM dan sebagainya dengan pelbagai alasan untuk memasuki rumah & kemudiannya menyamun penghuni rumah.

PENGAJARAN : Sentiasa peka, waspada & perlu ada semangat kejiranan walaupun ada security guard/rela yang menjaga. Jangan mudah mempercayai orang luar & yang tidak dikenali sewenangnya memasuki rumah, walau apa cara sekali pun.

PERINGATAN : BUAT DIRI SENDIRI, KELUARGA & RAKAN2.. SENTIASA BERHATI2 WALAU DIMANA JUA ANDA BERADA.

No comments:

Post a Comment