Sunday, September 9, 2012

KERJA DI RUMAH / WORK AT HOME : GUARANTEE PAYMENT!!!

BUKAN GURAUAN TETAPI KENYATAAN!!!
THOUSAND OF WORK -AT-HOME JOBS WITH GUARANTEED PAYMENT!!!

Terlalu banyak website syarikat yang menawarkan pekerjaan dari rumah khusus buat suri rumahtangga, pelajar & sesiapa sahaja asalkan berusia 18 tahun ke atas.

Syarat kelayakan :
- Mempunyai asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham Bahasa Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Tetapi sebelum itu saya akan terangkan bagaimana caranya.. Anda sangat beruntung kerana di laman sesawang yang lain anda perlu membayar atau mendepositkan RM ke akuan mereka untuk mendapatkan maklumat ini TERUTAMA SENARAI WEBSITE PENDAFTARAN PERCUMA..

Buat anda yang mempunyai pengalaman bekerja di pejabat, kemahiran mengendalikan software/program seperti Microsoft Office (Excel, Word, PowerPoint, Access), Projek Management, Photoshop, Email (Outlook/Yahoo/Gmail/Hotmail), SAP. Bagi yang mempunyai kemahiran dalam bidang IT, Designer, Arkitek, Law, Market Reseacrh, Project Management & pelbagai adalah satu bonus buat anda untuk mendapatkan kerja. Bagi suri rumahtangga yang mana suatu ketika dulu pernah bekerja jangan sia-siakan pengalaman kerana anda mampu menjana pendapatan melalui internet.

Jika anda mempunyai kemahiran bahasa ketiga seperti Bahasa Jepun, China, Russia, France & lain2.. anda boleh memohon sebagai translater/penterjemahan bahasa.

Bagi yang tiada pengalaman juga mempunyai peluang yang banyak seperti Data Entry, jika ada akuan Email, Facebook, Twitter, Youtube & Blog anda hanya "Click", "Like", "Comment" & "Sign Up". Cukup senang & simple..

Asalkan anda mempunyai pengetahuan asas komputer, minat serta faham dengan syarat2 kerja yang diberi.

Semuanya terpulang pada anda, yang penting anda rajin berusaha, tidak berputus asa, yakin pada diri, bertawakal, berdoa serta selidik terlebih dahulu kesahihan website tersebut agar anda tidak tertipu terutama website yang mana anda perlu membuat bayaran bagi pendaftaran. Website ini lebih mementingkan keuntungan bagi pihak kedua & bukan anda sebagai pihak ketiga. 

Dibawah ini adalah sebahagian website-website yang mana dijamin hasil pendapatannya. Untuk urusan pembayaran saya amat menggalakkan anda membuka akaun Western Union atau Paypal kerana ianya lebih selamat & mudah untuk anda "transfer" wang ke akaun bank tanpa perlu membayar tax yang tinggi. 

WEBSITE PENDAFTARAN BERBAYAR :-

KHUSUS UNTUK DATA ENTRY
Untuk login website dibawah anda perlu sertakan "Invitation Code" : 42TV

http://www.megatypers.com/register

Saya akan update dari masa ke semasa website/laman sesawang yang mana dijamin 100% hasil pendapatannya.

Saya juga mendoakan semoga anda semua berjaya, sukses & murah rezeki...Amin. 

BERDOSA BESAR MENYEMBUNYIKAN ILMU Mafhumnya: Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

Saturday, September 8, 2012

URGENT : IMPORTANT MESSAGE

Salam Aidilfitri & Salam Kemerdekaan dengan Semangat 1 Malaysia..

Saya ingin berkongsi beberapa perkara disini..

1. Pada tarikh 29 August 2012 akaun facebook saya telah digodam pada pukul 3.10pm. Saya tidak pasti apa niat & tujuan mereka mengodam akaun saya, yang pasti orang tersebut tidak bertanggungjawab & mencabuli hak privasi saya.

PENGAJARAN : Sentiasa menukar katalaluan/password untuk kes
elamatan & gambar2 yang dipostkan di akaun anda pastikan tidak menjolok mata agar tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bermoral & bertanggungjawab.

2. Sehari sebelum menjelang hari raya (18hb Aug), kereta saya nyaris dilarikan/dicuri orang, semasa kereta tersebut hampir selesai dicuci di car wash BP Klang. Suspek menyamar sebagai pemilik & menuntut kereta di kaunter. Padahal suami saya berada disisi kereta ketika itu. Kami BERNASIB BAIK kerana staff BP mengenali kami & memaklumkan perkara tersebut. Kami sempat melihat suspek yang dalam keadaan panik & tidak menyangka pemilik sebenar ada disitu.

PENGAJARAN : JANGAN tinggalkan kereta di CAR WASH tanpa pengawasan anda. Bukan semua pemilik car wash perihatin dengan pelanggan mereka.

3. Pada 23hb Aug yang lepas, pacuan roda 4x4 suami saya nyaris dilarikan tetapi bernasib baik kerana bateri weak & mempunyai sistem elektronik seiras kapal terbang untuk distartkan. Mungkin disebabkan tidak tahu mengendalikan kenderaan seperti ini, suspek telah memecahkan cermin, memotong/mencuri meter selain dari beg tools box tanpa mengambil peralatan didalam beg tersebut. Beg yang telah dicuri oleh suspek kemungkinan akan digunakan untuk pelbagai salahlaku. Laporan polis telah dibuat untuk keselamatan & bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini kerana cap jari kami sekeluarga ada di beg tersebut. Kawasan perumahan kami ada "Security Guard/RELA" tapi tak pasti apa kerja yang mereka buat!! Pada hari tersebut & dalam 1 hari ada beberapa kejadian rompakan yang berlaku.

4. Terbaru yang saya ketahui ada kejadian seseorang/suspek menyamar sebagai kakitangan TNB/TM dan sebagainya dengan pelbagai alasan untuk memasuki rumah & kemudiannya menyamun penghuni rumah.

PENGAJARAN : Sentiasa peka, waspada & perlu ada semangat kejiranan walaupun ada security guard/rela yang menjaga. Jangan mudah mempercayai orang luar & yang tidak dikenali sewenangnya memasuki rumah, walau apa cara sekali pun.

PERINGATAN : BUAT DIRI SENDIRI, KELUARGA & RAKAN2.. SENTIASA BERHATI2 WALAU DIMANA JUA ANDA BERADA.

Thursday, September 6, 2012

CORPORATE HAMPER

A few new design of the Corporate Hamper now open for booking, please send the order to..
email : legasiriyad@yahoo.com or sms 013-3513885.

All the price has been included with transportation charges if you order more than 2 units.


Product Code : 5401009 - Hamper "Anggerik"
Items Incuded : 1 basket, 1 dates & 4 cookies

Unit Price : RM 200.00 / unit


Product Code : 5401010 - Hamper "Zahratun"
Items Incuded : 1 basket, 1 dates & 4 cookies

Unit Price : RM 200.00 / unit


Product Code : 5401012 - Hamper "Kekwa"
Items Incuded : 1 basket, 1 dates & 4 cookies

Unit Price : RM 200.00 / unit


Product Code : 5401015 - Hamper "Mawar"
Items Incuded : 1 basket, 1 dates & 4 cookies

Unit Price : RM 200.00 / unit


Product Code : 5401019 - Hamper "Kenanga"
Items Incuded : 1 basket, 1 dates & 4 cookies

Unit Price : RM 200.00 / unit








 

Product Code : 5401020 - Hamper "Teratai"
Items Incuded : 1 basket, 1 dates & 4 cookies
Unit Price : RM 200.00 / unit


*** HOT SELLING ***
Product Code : 5401008 - Hamper "Cempaka"
Items Incuded : 1 basket, 1 dates & 4 cookies
Unit Price : RM 200.00 / unit






*** HOT SELLING ***
Product Code : 5401007 - Hamper "Kasih"
Items Include : 1 exclusive basket, 1 dates & 4 cookies

Unit Price : RM 200.00 / unit

BUDGET HAMPER

Following are the "HOT SELLING" budget hampers, mostly ordered from "NGO" and others.. Please send order to email : legasiriyad@yahoo.com or sms 013 3513885

All the price are exclude transportation charges.



Product Code : 5401018 - Hamper Lili
Items Included : 1 basket, 1 bottle, 1 pack pudding,
1 pack candy, 2 cookies & 3 chips/snacks
Unit Price : RM 50.00 / unit


Product Code : 5401011 - Hamper Nada
Items Included : 1 beg, 1 bottle, 1 pack pudding, 
3 cookies & 1 cake
Unit Price : RM 31.00 / unit


Product Code : 5401017 - Hamper Jinga
Items Incuded : 1 paper bag & 3 chips (kerepek)
Unit Price : RM 30.00 / unit



Product Code : 5401014 - Hamper Bella
Items Included : 3 Cookies
Unit Price : RM 30.00 / unit


Product Code : 5401016 - Hamper Kemboja
Items Included : 5 cookies
Unit Price : RM 60.00 / unit

Saturday, May 5, 2012

Tips : Bercuti Dengan Cara Berhikmah

Adakah anda merancang untuk pergi bercuti? Apa yang perlu anda lakukan?

Disini saya sekadar ingin berkongsi cara yang selalu saya lakukan setiap kali saya merancang untuk bercuti. Perancangan saya selalunya dibuat 1-6 bulan sebelum tarikh tersebut. Kekadang tu adalah juga last minute preparation tetapi masih mengamalkan cara yang sama.. 

Caranya :-
1. Pilih beberapa destinasi yang ingin dikunjungi.

2. Buat perbandingan diantara hotel yang menawarkan kemudahan dengan harga yang berpatutan di setiap destinasi pilihan. Contoh format seperti ini...



3. Buat perbandingan kos transportation dan perjalanan (Airlines, pengangkutan awam atau memandu sendiri sepanjang perjalanan, minyak, tol dan sebagainya) disetiap destinasi pilihan.

4. Akhir sekali hitung segala kos disetiap destinasi pilhan. Destinasi yang mana paling menjimatkan berserta tempoh penginapan yang sesuai dengan budget anda.

Walaupun nampak seperti terlalu berkira, tapi apa salahnya jika kita menghargai setiap sen yang dikeluarkan dan digunakan dengan cara yang berhikmah, agar tidak berlaku sebarang pembaziran.
Ok.. cukup lah untuk hari nie.. dengan serba sedikit idea yang ingin dikongsi... jumpa lagi dan selamat berhujung minggu...

Tips : Pemakanan Ketika Musim Peperiksaan

Article yang lepas saya berceloteh mengenai kerenah anak dan 2x ganda makanan yang harus ditelan sebelum menghadapi peperiksaan.

Kali nie saya ingin berkongsi tips pemakanan sebelum dan ketika sedang menghadapi peperiksaan. Sejak saya praktikkan pada anak, nampak kesan yang sangat memberangsangkan dari segi kemajuan mental dan fizikalnya. Tips nie pun saya dapat dari teman2 yang berbilang bangsa, mana yang boleh diguna pakai saya praktikkan pada anak. Kiranya anak saya nie dijadikan ujikaji, mana yang berkesan saya maintain kan kalau sebaliknya tak perlu diteruskan.

Pemakanan Sebelum menghadapi peperiksaan
  1. Untuk menguatkan daya ingatan, tenaga dan kecerdasan setiap pagi sebelum sarapan makan Jus Krismis, Madu dan Jus Kurma terlebih dahulu.
  2. Semasa sarapan berikan susu coklat/milo panas/suam ++ menu yang anda sediakan untuk sarapan pagi.
  3. Makan tengahari nasi + sayur brocoli + karot + ikan + minum air secukupnya
  4. Selepas makan sebelum pergi sekolah berikan Omega 3 (kebiasaannya perut anak perlu diisi sebelum mengambil sebarang pil supplement, kalau tak nanti sakit perut).
  5. Balik dari sekolah pastikan anak makan terlebih dahulu (sebelum pukul 8.00 malam). Pastikan anak tidak memakan jajan (twiste, mamee dan sebagainya) kecuali snack energy bar.
  6. Sebelum tidur berikan Jus Krismis dan Jus Kurma sekali lagi.
Pemakanan Semasa menghadapi peperiksaan
  1. Untuk menguatkan daya ingatan, tenaga dan kecerdasan setiap pagi sebelum sarapan makan Jus Krismis, Madu dan Jus Kurma terlebih dahulu.
  2. Makan tengahari nasi + sayur brocoli + ikan dan selepas itu baru makan Omega 3 dan vitamin B.
  3. Minum air secukupnya bagi mengelakkan badan menjadi lesu dan hilang fokus semasa peperiksaan.
  4. Kurangkan pengambilan coklat dan bahan yang berkafein, ianya bagi mengelakkan getaran, debaran, kebimbangan dan hilang tumpuan.
  5. Senaman fizikal meningkatkan pembekalan oksigen dalam darah dan nutrien  ke dalam otak agar ianya dapat berfungsi dengan efisien.
  6. Untuk mendapatkan tidur yang cukup ambil makanan seperti roti, mi atau pasta dan sedikit ikan, ayam atau daging untuk makan malam.Pastikan anak tidak memakan jajan (twiste, mamee dan sebagainya) kecuali snack energy bar.
  7. Minum segelas susu panas, jus krismis dan kurma sebelum masuk tidur.
Dan yang paling penting, saya pastikan anak meminum air zam-zam, air bacaan 30 juzuk Al-Quran dan mengamalkan bacaan surah Al-Fath ayat 1-3 dan tidak ketinggalan juga surah Ayatul Kursi sebagai santapan rohani dan pengubat jiwa. 

Friday, May 4, 2012

MUSIM EXAM @ PEPERIKSAAN

Mendengar perkataan "EXAM @ PEPERIKSAAN" anak saya terus jadi bad mood... Pada hal sebentar tadi ketawa bagai nak rak! Senyum sampai ke telinga... tup tup.. muka jadi masam bagaikan asam keping yang kecut di rak dapur...
 
Pelbagai helah direka cipta... nak makan lah, nak minum lah, ada aje alasan nak melambatkan masa atau mengelak dari membuat mengulang kaji.. Paling saya geram, satu soalan ambil masa 10 minit untuk menjawabnya. 

Time nie lah suara yang lunak merdu berkumandang tanpa mikrofon satu taman boleh dengar sang ibu mendendangkan senandung yang syahdu memanggil nama #$%$**(&)(

Dan masa nie lah juga anak disuruh telan 2x ganda dari biasa jus krismis, kurma, madu, susu/coklat panas, omega 3, vitamin C, air zam zam, air bacaan 30 juzuk Al-Quran dan macam-macam lagi lah.

Para ibu pula, tengah malam bersengkang mata membuat solat hajat, bertadarus dan tidak ketinggalan puasa sunat. Semuanya demi kecemerlangan dan kesejahteraan anak... Doa ibu itu kan lebih mustajab dan itu lah salah satu cara bagi membantu si anak... 

Dan yang pastinya.. para ibu lebih risau dan panik lebih daripada si anak yang perlu menduduki peperiksaan... senang cerita nota setiap subjek, ibu hafal A-Z lebih handal daripada si anak...

Kalau lah si ibu boleh ambil peperiksaan bagi pihak si anak, rasanya result si ibu lebih bagus dari result masa si ibu sekolah dahulu... 

Moral of the story... anak2 ketahuilah bahawasanya si ibu lebih pandai & bijak dari kamu, oleh sebab itu jangan sesekali kamu ingkari kata-katanya.... 

Thursday, May 3, 2012

Berlian Teman Baik Wanita

Rasanya tak dinafikan berlian memang teman baik wanita sejati... tak kira lah berapa harga dan mutu sesebuah berlian tersebut. Apa yang penting, sebutir berlian sudah cukup menjadikan impian wanita terlaksana.

Article dibawah adalah siri terakhir mengenai berlian di keratan akhbar "Utusan Malaysia Mode Mega" bertarikh 27 April 2012 (Jumaat). Sudahkah anda mengisi, menlengkapkan dan menghantar borang untuk berpeluang memenangi barangan kemas berlian Habib bernilai RM5,000.00 ???  


Berlian Penuh Dengan Keluarbiasaan

Seperti yang dijanjikan saya sertakan article dari keratan akhbar Utusan Malaysia Mega Mode Selasa bertarikh 24 April 2012.

Friday, April 20, 2012

Perfume Halal dari Perancis

Untuk peminat minyak wangi berjenama keluaran dari luar negara.., yang tercari-cari status "Halal" penggunaanya tidak perlu risau lagi. Siap ditayangkan "Sijil Pengesahan Halal" dari Kerajaan Malaysia.  Bertambah lagi lah koleksi minyak wangi saya...






Nilai Sebutir Berlian

Kelmarin saya retype article "Hayati Keajaiban Berlian", hari nie saya attach article dari sumber yang sama Utusan Malaysia - Mode Mega (Jumaat 20 April 2012). Sempena Pesta Bulan Berlian Habib 2012 dan juga sempena nama blog "ifdiamond" saya akan sertakan article nie berterusan, nantikan info akan datang.... (saya akan cari jika ada article yang terlepas pandang)


Wednesday, April 18, 2012

Mencairkan Otak...

Saya berhenti kerja pada April 2008, selama tempoh 3 bulan pertama kerja saya hanya tengok tv, makan, uruskan segala urusan rumah/anak, tidur dan tidak dilupakan membina badan... Lebih-lebih lagi saya baru lepas menjalani pembedahan tulang belakang buat kali kedua, makan tak ikut diet yang seimbang sambil mengambil ubat-ubatan yang semestinya perlu saya telan setiap hari.

Cik abang saya dah pening kepala, setiap hari dok tanya tak terfikir nak buat apa-apa ke? Buat business atau apa-apalah.. Anda tahu apa jawapan saya?
Saya nak relax, release tension dan yang paling saya nak menghayati suasana ketenangan sunyi, sepi, jauh dari suasana hiruk piruk dipejabat dan meredah kesesakan lalu lintas yang sememangnya saya sangat-sangat tidak suka...

Tetapi selepas 3 tahun, saya rasa otak nie membeku dan kadang-kadang blur.. walaupun dalam tempoh tu adalah juga buat pelbagai aktiviti, berniaga sambil membantu urusan pejabat cik abang saya, ber blogger, facebook dan sebagainya.

Teknologi IT, desktop/laptop/ notebook dan sebagainya memang tak boleh dipisahkan dengan saya.. Sehari saya tak mengadap benda-benda nie tak lengkap hidup saya. Tak perlu online 24 jam sekadar dapat mengusik papan kekunci dan tetikus pun jadilah.

Baca buku dah berpuluh buku dan ada yang sampai saya jual disebabkan jalan ceritanya tidak menarik minat saya walaupun buku tersebut dah lama saya beli dan berulang kali saya baca. Sehinggakan melihat buku tersebut saya dah tahu isi kandungannya..

Saya membuat kata putus.. saya perlu mencergaskan/mencairkan semula otak saya sebelum terlambat... Tapi boleh ke otak dicairkan????

Hayati Keajaiban Berlian

After dinner just now, I have been read one of article from Utusan Malaysia (Mode Mega) dated Tuesday 17 April 2012 about diamond. Since mine blog title "ifdiamond", I would like to share some knowledge/info.

In that article also got contest would be end on 1st Mei 2012. Interested please found out the news paper and wish you good luck....

Since the attached article can't read accept the title, below I retype (Malay) for you all..

SEJAK sekian lama berlian dibaratkan sebagai permata "teman baik wanita" yang sukar untuk dipisahkan. Memahami hubungan istimewa itu, Habib, memperingati April ini sebagai bulan kelahiran berlian melalui Pesta Berlian Habib 2012.

Dengan tema "Abadikan Kegemilangan Anda", promosi ini sangat sesuai untuk menggambarkan keupayaan batu berharga ini menyerlahkan kecantikan dalaman seorang wanita. Sememangnya tidak dinafikan kilauan berlian yang mempersonakan telah menawan hati jutaan manusia di seluruh pelosok dunia. Ramai yang ingin memiliki berlian tetapi tidak pasti tentang cara untuk memilih berlian dengan betul.

Justeru sempena pesta belian ini, Habib berkongsi maklumat yang berguna supaya orang ramai tahu bahawa mereka mendapat nilai untuk
wang mereka dengan setiap pembelian berlian yang bakal dilakukan. Institut Gemological Amerika (GIA) menyediakan skala penggredan untuk mengenalpasti kualiti berlian.

Skala itu dibahagikan kepada empat kriteria penggredan utama, yang lebih dikenali sebagai 4C iaitu potongan, karat, kejelasan dan warna (cut, carat, clarity dan colour). Dua berlian yang sama saiznya boleh berbeza dari segi harga apabila diukur dengan menggabungkan keempat-empat ciri-ciri diatas. Salah satu sifat yang paling penting berlian adalah potongan. Untuk memahami potongan-potongan berlian, seseorang itu mesti bermula dengan bentuk belian tersebut.

Berlian biasanya bulat tetapi boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Bulat adalah bentuk yang sering digunakan dalam barang kemas berlian. Berlian sebenarnya mempunyai pelbagai bentuk seperti marquisse, pir, bujur, empat segi sama yang dikenali sebagai princess cut, bentuk hati, kusyen dan tiga segi. Potongan sebutir berlian bermaksud keseimbangan potongan, simetri dan kelicinan permukaan potongan berlian itu.

(gambar ini sebagai rujukan tidak disertakan dalam artikel tersebut)


Terdapat tiga perkara untuk menilai potongan berlian iaitu gemerlapannya yang bergantung kepada jumlah cahaya yang dipantulkan, spektra warna di mana cahaya yang dipantulkan terurai kepadabeberapa warna spektra serta kilauannya apabila berlian itu mengerlip dan memantulka
n cahaya ketika ia bergerak. Menurut skala GIA, potongan berlian dinilai dengan ukuran terbaik, sangat baik, baik, memuaskan dan lemah.

Berlian yang mempunyai potongan terbaik mampu memantulkan 100 peratus cahaya dan mengeluarkan kilauan dan gemerlapan yang menakjubkan dan ia sangatlah mempersonakan mata yang memandang. Untuk lebih memahami informasi ini dan melihat sendiri berlian-berlian yang dipamerkan di Pesta Berlian Habib 2012, kunjungi bilik pameran Ha
bib di seluruh Malaysia dari 27 April sehingga 1 Mei ini. (the end of the article)

Sourcing info of diamond, suddenly I found this cute picture...

Monday, April 16, 2012

Salam Perkenalan..

Salam perkenalan buat semua blogger & juga siapa saja yang sudi membaca tulisan saya yang tak seberapa nie.. sekadar untuk perkongsi pendapat, pandangan dan sebagainya....